Monday, 20 May 2019

Salam Ramadan - Bulan Mulia Penuh Keberkatan

Assalamualaikum dan hai semua pembaca sama ada pembaca aktif atau silent reader. hehe ada ke orang baca, atau aku syok sendiri je. Tak kisah la.


Lama sungguh aku tak update blog, dekat setahun lebih kot, maklum lah kekangan masa. Cewah kekangan sangat. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Ramadan buat semua muslimin dan muslimat. Tinggal beberapa belas hari je lagi kita bakal menyambut Syawal. Macam mana persiapan raya uols? Iols belum siap apa2. Haha tahun ni tak beria sangat lah kot sebab sibuk dengan persiapan adik dan sepupu nak kahwin.


Disebalik raya makin dekat, aku juga baru dapat berita yang family kami akan berpindah lagi buat kali ke 6, ya lah kami biasa berpindah randah sebab ikut ayah kerja. Tapi masih dalam negeri yang sama. Excited juga rasanya berpindah ke kawasan kampung lagi.


Dalam masa setahun ni, banyak juga perkara yang terjadi. Yang paling utama, aktiviti mendaki aku begitu slow down. Tahun lepas boleh kira dengan jari berapa kali je aku mendaki. Frust juga sebenarnya, tapi tulah, tiada geng. Ikutkan hati mau je selit mana mana trip tapi susah la juga.


Tidak mengapa, mungkin tahun depan aku aktif balik ke, tahun ni pun tak pasti lagi macam mana, eh tapi tahun depan mungkin aku akan sambung belajar untuk Diploma Executive. Sambil tu bekerja juga. Company nak tanggung. Cuma itulah, dua tahun komitmen sabtu ahad, adoi tak dapat la aku nak mendaki. Aiseh, macam mana ni. Tengok la macam mana, sanggup berkorban atau tak. Antara kerjaya dengan minat, mana akan jadi keutamaan. Memang aku takleh fikir lagi, otak blur.


Oklah berbalik pada bulan ramadan yang mulia ni, mari lah kita sama sama memperbanyak kan amal ibadat kita.  Besar ganjarannya. Bulan2 lain belum tentu kita sempat nak beribadat seperti terawih, melazimkan bacaan al Quran kan?


Nanti, aku jugak akan update cerita breakout aku 2 kali dalam masa 4 bulan. Haaa, best dak? Hahah.. sekarang pun masih dalam proses penyembuhan. Walaupun dah tak teruk macam sebelum ni, tapi masih ada lagi jerawat aktif di wajah.


Rasanya sampai disini sahaja buat kali ni, till we meet again. Assalamualaikum!


Tq for reading guys!

Review Produk : Simple

Assalamualaikum dan hai semua. Harini tak mau celoteh panjang. Aku nak buat review tentang satu produk seperti tajuk di atas, iaitu produk Simple. Simple ni produk international ye. Ianya banyak dijual di Watson atau Guardian. Aku try pun sebab aku memang TAK PERNAH pakai apa apa toner dan mosturizer dekat muka sejak dari aku kecik sampai lah ke tua bangka keriput macam ni.


So sebab dah rasa diri ni makin hodoh dan tua, aku lekas lekas menerima saranan kawan aku untuk pakai toner dan pelembab. Iya la jeles jugak tengok muka gadis gadis zaman sekarang, kulit melepak, peloles dan gebu jek bak procelain. 


Jadi, baru nak cuba kan, laju laju lah aku pergi Guardian yang berdekatan untuk beli produk ni. Aku cuba produk ni yang dalam beg kecik tu macam travel pack yang ada 3 barang; pencuci wajah, penyegar atau toner dan pelembab atau mosturizer. Masa tuh muka aku breakout teruk lah tempek apa pun jerawat tak hilang hilang. Stress gila aku masa tuh. 

Aku pun cuba lah pakai dengan penuh kesabaran setiap kali lepas cuci wajah, pakai toner dan tempek pelembab. Setiap hari okay sangat konsisten. Aku start pakai awal Februari 2018 tahun lepas . Produk ni produk organik, tiada bahan kimia, non-paraben, tiada bau jadi selamat untuk kulit. Aku ada gak rasa putus asa sebab pakai pun muka stil hodoh, berminyak, berjerawat dan berparut. Tapi atas dorongan kawan kawan yang tak mahu aku stress, aku teruskan juga lah.


Sehingga ke hari ni bulan May 2019 aku masih pakai lagi produk Simple ni dan berniat untuk pakai sehingga ke akhir nafas lah kalau aku tidak terpengaruh untuk tukar produk lain. Oh ya, muka aku sekarang ok lah sikit, tak pasti juga sebab produk ini atau sebab terlalu banyak petua mak nenek yg aku buat dan cuba seperti tenyeh tomato beku hampir setiap hari ke muka, tempek bedak cina opera campur dengan limau nipis, cuci pakai air beras dan macam macam lah. 

Sekarang aku rasa kulit aku agak sihat sikit berbanding sebelum ni kusam gila sampai aku tertekan nak mati. 


Kesimpulan yg aku boleh buat tentang produk simple ni ialah :


Kebaikan 

1. Organik, tidak berbahaya langsung, tak pakai ke pakai ke takda naik jerawat kalau harini tak pakai
2. Murah harga dalam RM
3. Comel packaging dia hiks
4. Kulit rasa bersih dan sihat
5. Senang dibawa kemana mana sebab kecik


Kekurangan

1. Tidak menjadikan kulit putih


Update : Produk simple yang aku pakai sekarang :

1. Micellar water
2. Cleansing oil (recomment sebab takda mineral oil - alah pada mineral oil)
3. cleansing gel
4. Toner

Aku dah stop guna pelembab simple selepas breakout teruk start Dec 2018 - April 2019. Rasa macam naik bintik2 kecil serupa ruam je bila pakai pelembab tu. Lepas breakout kulit jadi sensitif.



 * Review ini adalah ikhlas dari hati, tidak dibayar.

Monday, 23 April 2018

Tips Sebelum dan Semasa Menghadiri Temuduga


Assalamualaikum dan hai semua. Mesti ramai dah para blogger yang post berkenaan tajuk ni kan? Sis pun nak post juga. Mungkin point tu sama tapi dari orang berbeza. Hihi. Okay, since sis pernah menghadiri dan pernah temuduga orang, jadi mari sis senaraikan tips yang sis rasa perlu sebelum anda semua hadir untuk temuduga.

Semua orang pernah kan pergi temuduga atau attend interview dekat syarikat kan? Okay tanpa membebel panjang, jom kita lihat tips dari sis :


1. Persediaan mental. Korang kena bersedia dari segi mental untuk pelbagai bentuk soalan yang mungkin akan ditanya ketika temuduga.

2. Resume. Pastikan korang 'update' resume terbaru korang. Pastikan ia nya ringkas tapi menarik. Tapi jangan terlalu ringkas. Contohnya, korang kena senaraikan lah pengalaman kerja korang yang terdahulu tu.

3. Jual diri. Ini bukan jual diri macam mak hayam ye. Jual diri means korang senaraikan kelebihan korang, interpersonal skill dan kelebihan menggunakan sistem/ software/ microsoft

4. Sediakan gambar passport. Sesetangah syarikat akan minta gambar passport ya. Jadi takdalah gelabah masa penemuduga minta.

5. Pastikan anda fotostat semua sijil sijil korang. Ini selalu terjadi dimana, calon hanya bawa sijil ori. Dah menyusahkan para penemuduga nak kena fotostat sijil korang tu. Bila korang dah siap fotostat semua sijil tu menandakan korang berminat dan bersedia untuk berkhidmat. Cewah!

6. Berpakaian kemas, wangi dan bersih. Ketika menghadiri temuduga, pastikan pakaian korang tu kemas, jangan serabai sebab itu menandakan korang punya personaliti. Kalau boleh, lelaki pakailah t-shirt berkolar, perempuan baju kurung ke, kemeja ke tak kisahlah janji nampak kemas dan bersih. Lagi satu sembur sikit perfume tu. Jangan lah ada bau yang tak menyenangkan.

7. Biasanya waktu temuduga, soalan biasa yang akan ditanya adalah, ceritakan tentang diri korang, family, latar belakang pendidikan dan kerja terdahulu. Tips: Jangan sekali kali cerita keburukan majikan terdahulu. Jangan pernah korang kutuk majikan terdahulu. Pantang ni.

8. Kaji segala maklumat berkenaan organisasi yang korang nak pergi temuduga tu. Ini menunjukkan korang berminat. Jangan sampai bila ditanya korang jawab tak tahu je semua.

9. Punctuality atau masa. Jangan sesekali lambat. Usahakan untuk sampai awal atau tepat pada waktunya. Alasan adalah tidak elok ya ketika pertama kali hadir temuduga.

10. Sila isi borang yang diberi dengan lengkap. Jangan suka tinggalkan kosong pada soalan soalan yang korang rasa tak penting. Kalau tiada, anda tulis tiada atau -.


Okay sis rasa setakat ni dulu lah kot point point penting. Praktikkan ya! Good luck kepada yang menghadiri temuduga! Fighting!





Review Makanan : Ramen Samyang

Assalamualaikum dan hai semua. Okay harini kakmung nak buat review sikit tentang makanan yang bernama RAMEN. Aku rasa semua pun kenal ramen atau ramyeon. Ramen ni femes lah kalau dekat Korea sana. Aku kenal ramen pun sebab selalu tengok Running Man show, jadi terpengaruh.

Satu hari tu aku pergi pasaraya, aku nampak lah ramen ni. Seingat aku dulu susah mau dapatkan benda ni kena beli online bagai. Mahal pulak tu. Sekarang kat pasaraya berlambak dah.

Begini lebih kurang rupanya. Google je sebab tak sempat transfer gambar.


Aku pun beli lah. Balik rumah, buka bekas nya, masukkan air panas, biarkan ia terendam 10 minit, tos kan air lepastu letak sos dan lada keringnya atau flakes tu. gaul sebati dan makan.


Umagaiiiii, pedas nya yaa ampun. Tapi sedap weh. Aku makan sampai hingus dan air mata mencair, otak tak dapat berfungsi dengan baik, berdebar debar dan lidah rasa terbakar. Pedas gila aku rasa. Dah habis satu cup tu, lidah aku masih rasa pedas. Dada masih berdebar debar. Waaaa kelam kabut pergi cari ais ketul, makan 6 ketul, masih pedas, aku minum madu, telan gula, makan kitkat masih lagi rasa kepedasan tu. Ngeri betul bila teringat. Rasa macam bibir aku membesar dan bengkak sebab terlalu pedas.

   

Tapi harini macam nak repeat lagi jer. Hikhik. Harganya dalam RM 6, sory otak i lembik lupa harga.

Monday, 16 April 2018

Mengemis Setelah Disondol Babi

Assalamualaikum. Hai semua. Tajuk kali ini agak keras sikit, isi kandungan juga sedikit kontroversi. Sis risau juga kena 'banned' sebelum sempat disiarkan. Tapi takpe, sis cuba.


Ada apa dengan tajuk kali ini? Keras sangat ni sampai carut ni. I tak carut u okay. Ini adalah isu kerjaya, wanita, lelaki dan perkahwinan. Okay, sis nak beri sedikit pandangan mengenai wanita. Wanita bekerjaya dan tidak bekerjaya. Sis tidak menghina sesiapa ya, ini sekadar pandangan sis sahaja tiada kena mengena dengan u, dengan yg hidup atau yang mati apatah lagi dengan makcik bawang sekeliling uols tu.


Okay, sebenarnya tajuk serius macam ni, ayat perlu macam karangan PA form 6 tapi sis risau takda yang baca je nanti kalau formal sangat so kita guna bahasa biasa la eh. Wanita, kebanyakan bila sudah berumah tangga sudah beranak pinak, mesti akan berhenti kerja demi menjaga anak. Itu bagus, Siapa kata tak bagus, sis tabik hormat suri rumah tangga. Tapi pernah tak korang terfikir. Ini bukan hasutan. Ini pemikiran jangka panjang dan juga pandangan. Peribahasa 'kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari' dan 'sediakan payung sebelum hujan' sangat 'kena' dengan isu ini.


Sis perhati banyak kes atau masalah ni terjadi pada wanita. Merempat, terpaksa kerja keras demi membesarkan anak, suami lari entah kemana. mengapa ini terjadi?


Ok jom baca kupasan sis. Pertama, wanita yang berkahwin dengan lelaki yang dicintai, mereka berasa gembira sekali. Sangat bahagia sekali rumah tangga mereka. Tapi! Setelah 5 tahun berlalu, si suami menunjukkan tanda tanda mahu kawin lagi, si suami mula disondol babi. Kebun yang dijaga rapi sudah kena! Pada masa ni, semua serba tak kena. Isteri itu isteri ini, ada juga yang cakap takpa abang kawen lain nanti senang lah hidup kita boleh tumpang si dia. Jangan percaya! Babi yang menyondol takkan biarkan anda bahagia. Dia akan sondol habis habisan sampai kau diceraikan atau minta cerai. Takpun sampai kau derita. 


Dan pada masa ni. si suami mula tak jalankan tanggungjawab nya memberi nafkah anak anak kerana busy woi dengan awek baru. Awek lawa yang terdesak dengan laki orang. Yang kisah suami masih lagi bertanggungjawab okay lagi lah, yang kes babi hasut? Hasut2 sampai suami pun tak pedulikan ank bini lagi. Last cerai jalan terakhir. Si suami langsung makan buta2 kata2 bini baru.


Maka si isteri yg diceraikan ini pun hilanglah tempat bergantung. Maka, beliau pun pening kepala, mana mau cari kerja ni, kerja apa eh, anak macam mana, siapa nak jaga. Maka, dia pun tinggallah anak nya dekat orang lain dan mula mencari kerja demi membayar rumah sewa dan membesarkan anaknya.


Okay, kalau wanita berumur bawah 30 tahun, berpendidikan atau ada pengalaman kerja, mungkin kau tak perlu risau pun sebab ramai je orang nak ambil bekerja. Tapi, sini sis nak bagitau, kebanyakan company tidak akaj ambil pekerja wanita 30 tahun ke atas untuk bekerja terutamanya bahagian 'admin' atau 'ofis' kerana pada umur tersebut, rata rata otak seorang manusia sudah mula slow, tak pick up lagi. Ini bukan satu penghinaan ya. Ini dari kajian. Apatah lagi terlalu ramai 'freshie' atau graduan yang maha bijak pandai berebut2 nak kerja, majikan pun berebut2 nak ambil sebab graduan, masih muda, masih kuat, masih pick up, masih bertenaga. Jadi wanita berumur 35 ni nak kerja apa jika sudah gagal dalam rumah tangga nya? Dia dulu pernah bekerja, masa muda dulu dan lepas kahwin dia berhenti. Dan sekarang, dia terkapai kapai. Dia nak kerja cleaner dekat pasaraya? Aduh kesian weh dah tua, nak kerja sapu sampah, kerja berat2 lah kiranya. Boleh bayangkan tak mak kita kerja berat2? 


Ini lah sebabnya sis kata sediakan payung sebelum hujan. Yang mana boleh berdikari, berdikari, yang mana boleh kerja, kerja. Biar ada pendapatan sendiri. Dropship ke online ke agent ke tak kisah janji ada pendapatan sendiri. Masa tengah happy, masa suami tengah sayang, semua boleh cerita. 


'Eh laki aku sayang aku lah', jangan kau nak sibuk. Ehhhh jangan cakappp.. Jangan cakap. Kau boleh jamin 10 tahun lagi dia sayang kau? Boleh jamin? Ha.. Kalau kau ada pendapatan sendiri, ada kerja, kurang kurang kau tak hilang arah kalau apa apa jadi pada suami kau. Mana tahu tiba tiba suami kemalangan. Masa itulah kau perlu tolong dia. Masa tu lah perlunya kerja kau. 


Okay, macam kes Intan, Izreen dan Uda. Intan diceraikan selepas Uda kawin dengan Izreen. Kau tengok tak anak dia kecik kesian kan? Tak cukup kasih sayang, lepastu kalau Uda lepas tangan? Tak cukup makan pulak. Nasib la Uda tu jadi public figure, jadi ada juga yang nak amik Intan jadi duta lah, testimoni untuk produk lah. Kalau yang umur 30 tahun ke atas ni macam mana? Bukan public figure. Mana dia nak cekau duit nak besarkan anak? Bagi anak makan daun? Mengemis? Ramai je wanita bangkit selepas kes macam ni tapi kenapa tak bersedia dari awal? Bukan kah bagus.


Tu tak cerita lagi yang belakangkan mak bapak sebab nak kawen. Lepastu laki main kayu tiga, lepas tu kena cerai. Kau nak pergi dekat siapa? Katalah family taknak terima. Nak jual diri? Lepastu salahkan takdir, takdir dah kata begini. Memang semua takdir Allah tapi Allah suruh berusaha. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (QS 13:11).


Bila iman tipis, terdesak dan otak mula sempit, apa pun boleh jadi. Maka adalah kisah jual diri sebab nak sara anak dan keluarga. Mau mcm tu?


Tengok si Nora Danish rileks je dia kena cerai pun sebab dia ada duit, dia bekerja. Dia ada payung. Tak basah.


Ni bukan berdrama atau apa. Sis banyak dah perhatikan sekeliling. Sis geram je nak 'jek' sekor sekor yang perangai kacang lupa kulit. Para lelaki, ingat, sekali sakitkan hati perempuan yg bernama isteri, yang setia, taat dan solehah, takkan bahagia kau even kau kaya macam PM pun. Eh. Yang babi sondol pun sama. Kau jangan pikir kau bahagia je menyondol, nanti kena balasan dekat kau baru tahu. Tak kena dekat kau takpe. Tapi jangan lupa, kau ada mak, ada adik ada kakak ada abang. 

Jadi, wanita, pls, find your own income. Get ready. Dunia ini kejam. Sekian.

Ihsan google


p/s : baca dengan perasaan geram

p/s : nama artis dalam isi kandungan hanya sebagai contoh.