Trip Ke Gunung Stong, Baha & Ayam (B.A.S)
Pada tarikh yang dirahsiakan atas sebab tertentu, bermula ekspidisi aku ke Gunung Stong. Gunung Stong terletak di Jelawang, Dabong Kelantan. Trip kali ini selama 3 hari 2 malam iaitu trip pertama camping lama sikit dalam hutan sebab nya menapau 3 puncak sekaligus; Gunung Baha, Ayam dan Stong.
Dengan tiada training dan latihan fizikal, aku meneruskan misi dmi mencabar diri ke Gunung Stong. Tepat jam 12 malam, kami bertolak ke Kelantan mengikut jalan yang diberikan waze. Line up terdiri dari 15 orang kot, campur line up dari Kelantan dalam 16 orang, ntah la aku dah lupa lah. Aku carpool bertiga je sebab ada member kami tumpang beg hiking diorang 2 beg.
Barang biasalah aku bawa tu, seluar 1 helai, baju 3 helai dan lain lain (Boleh refer post Barang yang dibawa ketika hiking).
Kami sampai ke Dabong pada jam lebih kurang eh, 6 lebih gitu. Lepas solat, sarapan semua, Guide kami iaitu Abe Mey bawak kami semua meneroka gua start jam 8 pagi. Gua yang kami masuk adalah Gua Pagar, Gua Gelap dan Gua Ikan. Pergh syok gila masuk gua sebab ni pengalaman pertama aku caving. Serious i want it more. Banyak benda yang aku tengok, unik, misteri. Ya lah, tempat yang cahaya tak masuk, hujan tak masuk, tiba tiba ada satu kawasan tu ada pokok kecik kecik comel je. Lepastu ada satu gua tu sempit gila, aku pikir macam mana nak lalu ni, haaa time tulah skill masuk gua diajar oleh Abe Mey. Abe Mey ni sporting gila melayan je kerjanya.
Ada satu gua tu pulak, penuh dengan batu yang disusun, seperti disusun oleh manusia. Macam tak logik, gua gelap macam tu ada orang nak susun batu batu kecil menjadi bentuk bentuk unik. Pada mata kasar aku, aku nampak batu tersebut disusun menyerupai monyet lah, bangunan lah. Ok dah lah. Kitorang habis caving dalam pukul 12 gitu. Baju aku kotor teruk sebab ada part merangkak. Hehehe.
Selepas solat jumaat, jam 3 lebih kurang, kami start mendaki ke Kem Baha. First time ye, aku ulang sekali lagi, aku tak training apa pun sebelum tu, sejak puasa dan raya, terus panjat Gunung ni, aku rasa hampir mati jugaklah. Sebab trek ke kem baha ni pacaknya ya rabbi. Merah muka masing masing. Diorang ok lagi sebab ada training. Dahla gunung ni panas, tiada langsung angin sepoi bahasa. Start mendaki asyik kipas muka je. Panas lah.
Lepastu asyik minum air sebab tak tahan dahaga. Walaupun dengan susah payah mendaki sebab trek kejam tu, sampai juga ke Kem baha. Kami melintas sungai berbatu untuk sampai ke tapak perkhemahan kami. Dalam pukul 5 lebih kami sampai, terus pacak khemah, masak.Aku tak tolong pun sebab sibuk pasang khemah dan sapu kawasan sekitar. Lepas makan, kami pergi bersihkan diri kat air terjun. Pergh wa cakap lu syok gilllaa weyh airnya sangat sejuk. Tapi tak boleh lama lah sebab dah dekat magrib. Bahaya magrib pun masih mandi.
Malam tu aku tidur tak zip khemah sebab panas sangat. Zzzzzz
Pagi esoknya kami packing barang, pergi ke Kawasan paling best kat kem baha tu kat kawasan jatuhnya air terjun. Oh ya ni merupakan air terjun tertinggi ya di Asia Tenggara. Kami dapat lah jugak awan sendu, tak dapat karpet sangat lah awan tu, bukan rezeki kami, namun tetap cantik. Berkali kali mengucapkan syukur dengan kuasa Allah.
Lepas puas bergambar, Guide bagi taklimat sikit, kami terus bergerak mendaki Puncak Gunung Baha. Gunung Baha berketinggian 1450 meter dari aras laut. Lepas bergambar, kami meneruskan pendakian ke Puncak Ayam. Pendakian ke Gunung Ayam amat menyeksakan aku tak tahu lah kenapa aku semput je. Berjalan 5 minit, berhenti sebab trek sentiasa pacak 90 darjah. Mendongak ke atas adalah perkara yang tak mungkin aku buat sebab tu menyebabkan mental aku koyak robak. Jadi, jangan pandang atas.
Lepas dah penat mendaki, kami jumpa air terjun lagi, apa lagi, letak sauh, makan lah, Aku sempat tidur. Heeeeee.
Lepas hampir sejam berehat, kami teruskan pendakian ke Gunung Ayam. Kami tak lepaskan peluang wey bergambar. Ada satu kawasan tu dimana berlakunya tanah runtuh sewaktu banjir besar di Kelantan pada tahun 2014, cantik sangat bagi aku. Aku duduk dan pandang ke bawah.
Mendaki lagi dan lagi dengan trek yang pacak terus membuatkan aku rasa nak marah. hahahahaah aku dah pewai dah. Lepastu sampai ke kawasan bonzai yang cantik sangat seperti di gunung Kinabalu gitu. Bergambar lagi. Lepastu kami tiba di last waterpoint. Aku cepat cepat pergi ambil air. Air nya macam baru lepas keluar peti sejuk baq hang. Best. Hah time ni perut mula buat hal. Pertama kali jugak lah aku beristinjak di hutan. Risau sebenarnya takut kena patuk dek ular. Alhamdulillah, dapat jugak lepaskan hajat. Malu gla rasa terpaksa mintak izin untuk cari port baik punya dengan waktu yang dekat magrib tu.. Hahaha.
Lepastu, azan magrib berkumandang di telefon sahabat aku. Kami berhenti seketika menghormati azan magrib. Lagi pun tak elok berjalan dalam hutan ketika azan. Lagi lagii magrib sebab time tu lah setan merayau. Aku mula tak nampak jalan sebab aku tak pakai spek langsung. Kadang kadang konfius jalan mana yang perlu aku lalu ketika orang depan hilang dari pandangan. Masa tu magrib weyh, aku cuak sikit. Aku panik dan memanggil orang depan tapi tiada sahutan. Aku jalan jelah terus.
Akhirnya sampai juga di Tapak perkhemahan Gunung Ayam. Pendakian dari kem baha ke Ayam ambil masa 9 jam. Firstime aku ontrek lama gila. Oh ya, ingat kan, tadi last waterpoint. So, disini aku tak mandi. Cuma bersihkan diri secara darurat jela. Lepastu makan dan tidur. Menu malam ni nasi putih, telur goreng, sambal dan sardin. Pergh rasa makanan paling best didunia waktu tu. Aku makan tak banyak sangat sebab risau nanti nak beristinjak lagi. Haha
Malam tu kami dapat tahu ada dua orang dari group kami tak ssampai ke kemsite. Mereka berkemungkinan sesat. Jadi malam tu, 4 orang dari kami menjejaki mereka pada malam tu. Tak silap aku sampai pukul 4 pagi. Aku dah tak ambik tahu dah, sebab penat kau, aku tidur je. Malam tu aku tak tidur di khemah tapi tidur secara berjemaah je dalam fly. Malam tu hujan plak, keadaan ok sajalah, tak berapa selesa, tak berapa tak selesa. Macam mana tuu.
Malam tu juga aku perasan antara sedar dan tak sedar, ada orang datang jenguk ke fly aku tapi tiada bunyi derap kaki. Bila tanya ahli group kami masa kami makan kat kedai lepas dah turun dari gunung, dia kata dia pergi jenguk. Entah.
Esok pagi, kami bangun, bersiap, kemas barang, angkat sauh dan menuju ke Gunung Ayam. Dekat je berapa minit je dari kemsite. Puncak gunung Ayam mempunyai ketinggian 1504 meter. Bergambar lagi. Huh. Lepastu terus menuju ke puncak Gunung Stong dengan trek pacak lagi. Setiap 5 minit berhenti minum air. Entah lah aku pun tak tahu.
Selepas 45 minit akhirnya kami sampai ke kawasan batu besar. Oh rupanya dah dah sampai Puncak Stong. Aku kena lipak lah kiranya diorang cakap lagi dua jam. Bergambar sakan kat situ, ambil gambar group dan beransur turun. Sempat terjun ke jeram sebab tak tahan panas sangat dah badan. Dapat hadiah pulak tu, buka glove tengok ada lintah tengah hisap darah aku. Aku tak da lah takut dengan penghisap darah ni cuma aku tak tahu cara nak cabut lintah ni je. kalau pacat senang, kau cuma tarik. Nasib ada akak Erza tu tolong aku cabut. Caranya, ambik air liur, sapu kat atas lintah tu banyak kali pastu tarik. Done! Lepas dah mandi, dengan basah basah aku naik, terus turun gunung lagi. Tapi hati hati lah sebab kaki dah sejuk, risiko cramp sangat tinggi.
Turun pun mencabar. Ramai yang mental koyak plus fizikal tak kuat dah. Aku tengok ramai yang terjatuh, terseliuh, terjatuh lagi berkali kali sewaktu menuruni Gunung tu. Alhamdulillah aku masih kuat dan tak jatuh. Hampir hampir je sebab trek mula licin akibat hujan. Dengan trek tanah merah, of course la licin waktu hujan. Ramai lah yang jatuh tersungkur ke belakang, sakit lutut sebab sejuk.
Akhirnya sampai jugak ke check point terkahir di kaki gunung.
Pengalaman ke gunung stong sangat best. Bila orang tanya nak repeat? Tak nak. Tapi dah lama ni, rasa nak pulak. haaha.
Sorry tak banyak picture, hanya untuk tatapan peribadi sahaja. Phui.
Note : Gunung Baha : 1450 meter , masa pendakian : 1jam 30minint - 2jam 30minit
Gunung Ayam : 1504 meter , masa pendakian : 5jam - 9 jam
Gunung Stong : 1422 meter, masa pendakian dari Ayam : 45minit - 1jam
No comments:
Post a Comment