Hai uols, apa khabar kamu? Sihat ke? Kalau sihat alhamdulillah, kalau sakit, pergi makan ubat sana. Okay minggu lepas gua dan rakan rakan follow trip kengkawan ke Kedah. Kali ni kami pergi panjat Gunung Pulai dan Gunung Baling. Okay, sedikit informasi, kedua gunung ni terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai berketinggian 620 meter manakala Gunung Baling pula berketinggian 546 meter dari aras laut. Tak susah pun nak kesini, korang waze je. Gunung ni dekat dengan sekolah kebangsaan pulai. Untuk permit dan sijil, kami bayar RM 15 seorang. Murah kan ? Dapat sijil lagi dari Majlis Daerah Baling.
Pada jam 8.30 malam kami bertolak dari sini ke sana. Jam 4 pagi kami tiba di sana dan tunggu guide datang. Okay, korang yang nak naik perlu dapatkan permit dulu ya, jangan sembarangan nanti jadi apa apa, tanggung sendiri.
Ni adalah bahagian I, sebab sis takut korang bosan baca pajang sangat kan so sis buat dua bahagian. Jam 5.30 am, kami seramai 12 orang memulakan pendakian ke gunung pulai. Mula mula gua lalu jambatan gantung yang macam nak putus. Hiks! Dung dang bunyinya. Selepas itu terus ke jalan kebun sikit dan bermula lah cabaran sebenar. 90% trek Gunung Pulai adalah batu tajam dan curam. Jadi harus hati hati. Gua sendiri pun pakai seluar tebal, glove dan kasut perlu yang betul betul cengkam tau, takut sakit jari kaki je dengan tangan tu pegang batu batu semasa memanjat. Boleh kata dari awal sampai habis akan rock climbing je. Nak sampai ke check point pertama tu mengeluh juga geng2 kami. Kahkah. Sebab satu curam boleh tahan, lagi satu batu batu, kena cukup berhati hati jaga langkah kaki, tersilap langkah, habislah kaki masuk celah batu takpun tercucuk. Boleh kena kentut darah oo.
Nasib kami baik sebab tak hujan.Kalau tak lagi bahaya. Tips yang sis nak bagi kat enkorang, makan dulu sebelum naik sebab nanti lapa, nak stop pun susah, nak makan ontrek lagi mengarut kaki tangan kau sibuk memanjat dan pegang batu curam tu je takda masa kau nak makan cekelat okay.
Ni lah jambatan gantung buruk tu yang menghubungkan kaki gunung dengan seberang sungai tempat kami makan cekodok sementara menunggu yang lain. |
Tiba di checkpoint pertama, kami menunaikan solat subuh secara sendiri bergilir gilir sebab tempat limited tak cukup luas nak berjemaah. Selesai solat, dah mula cerah sikit so dah boleh tutup headlamp. Pakai headlamp tak selesa peluh menitik cermin mata kabur. So sad, sis kan rabun teruk.
Ada nur tak selepas solat? Kohkoh~ |
Kami pun meneruskan pendakian ke checkpoint kedua dan ketiga. Sis betul betul jaga lutut dan kaki sis yang pernah patah ni takut cedera susah oo. Gua pakai guard kaki yang pemain bola pkai di tepi kiri kanan betis dan guard kain di kedua lutut sebab takut terhentak dekat batu.
Tengok batu tajam boleh berdarah ontot kalau jatuh terduduk atas batu ni. |
Tepat 8.30am kami tiba di puncak. Baru lah rasa angin sekuat kuat angin sampai sis rasa nak terbang je. Betul kuat angin tu. Masa ambil gambar dekat batu tepi lereng gunung sis cuak juga dan rasa gayat sikit tapi sis kena kontrol rasa tu, sebab bukan senang nak naik ni.
Konon kandid ni. Hhahaha |
Masa kami naik, hanya ada dua group kat atas puncak. group sis dan group lagi satu. Sejenis aku ni lapar memanjang jadi beg aku penuh makanan dari maggi, sup cendawan, nestum dan coklat bar. Lepas je Bangman panaskan air, aku terus melantak maggi cup secawan. Sedap oo makan maggi tomyam atas puncak. Itulah paling sedap yg pernah aku makan. Hahahahah. Oh ya lupa nak cerita, tak semua line up kami naik Gunung Pulai. Hanya 7 orang sahaja yang gigih naik termasuk i lah. Sebabnya, ada yang tangan sakit, ada yang taknak naik sebab dah lewat mereka takut hitam kahkah. Bukan lah, mereka takut tak tahan bahang panas.
Gigih dak sis panjat? Acah kandid padahal paksa suruh orang amikkan gambar. |
Terpaku sekejap dengan ciptaan Allah. Terlalu indah. Tapi tiada awan karpet ada awan pilu je masa aku naik. |
Nampak je sis rileks, dalam hati cuak tu angin kuat, sis dah lah ramping, silap hari bulan terbang jatuh ke bawah takda orang sempat tarik. |
Cantik gila! Macam lembah jurasic park. Konon ada dinosour lah kat bawah tu. Imiginasi aku tinggi. |
Panaih litlit. Ni lah solusinya. Buff, kacamata, topi, jaket. Dan ini memang gayaku. Ahaks! |
Tak cukup kuota lagii dalam gambar, abaikan mereka. Gigirl je tapi guide tu kena paksa ngan akak organizer. |
Gaya tunjuk depan sana dah jadi ikutan dewasa ini. Sis terikut. |
Lepas kami melantak dan berselfi, tepat jam 10 pagi kami beransur turun. Kalau korang nak tahu, sebenarnya turun lagi azab dari naik sebab kaki korang, lutut, tangan dan mental kena kuat. Kerana! Trek nya kan batu batu lepastu tajam kalau jatuh boleh berdarah bontot kalian semua.
Jadi kami menuruni Gunung Pulai dengan berhati-hati sekali. Terutama aku lah sebabnya korang tahu kan aku dah cerita. Kaki aku tak macam orang lain. Tak boleh pijak sembarangan, terjun sembarangan kalau taknak cacat buat selamanya.
Tengah fikir mana nak kena pijak ni |
Mula mula je aku turun dalam group, lepastu aku mula gerak sendiri. Aku pun tak faham, aku jenis yang suka gerak sendiri melayani perasaan dan alam semesta. Ada masa aku tengah turun tu, aku terbau hanyir seakan darah. Aku cari la sekeliling kawasan yang aku lalu tu dengan bantuan hidung. Erk macam anjing pengesan gitu hidung aku ni hidu punya hidu, dan aku nampak seakan cendawan besar macam kain pemcuci pinggan yang jaring2 tuh. Besar. Aku syak benda tu yg bau busuk. Lepastu aku jalan lagi, tiba2 bau hanyir lagi. Dua kali aku bau dan nampak 'cendawan' tu. Memang bau hanyir darah.
Gila juga turun seoran diri gunung ni sebab aku kena usaha cari jalan diantara batu tu. Nak pijak mana, nak letak kaki mana dulu sebab kalau silap pijak, nahas lah kau dekat situ dahla tak pakai helmet. Sia sia kepala pecah nanti dah masuk surat khabar pendaki cedera.
Jam 12.00 atau 12.30pm, aku lupa, aku sampai ke kaki gunung berjalan riang ke jambatan buruk dan ke tepian sungai kecil. Im done. Yeah!
Jambatan buruk. |
Yang tak naik hampar ground dekat sini sementara tunggu kitorang turun. |
Tunggu sambungan part 2 pulak. Adios!
No comments:
Post a Comment