Pada October lepas aku dan kawan kawan seperjuanganku, bertiga je, kami decided nak naik Nuang. Ini adalah jejak pertama ku ke Nuang. Dah lama aku pasang angan angan mendaki Gunung Nuang sebab pertama, aku dapat tahu Nuang ni antara gunung yang sukar didaki di Malaysia. Jadi aku pun memiliki semangat yang berkobar kobar lah nak menawan puncak gunung yang agak sukar didaki ni.
Tepat jam 1 pagi kitorang bertiga pun berjumpa lah kat kedai makan. Harini aku order maggi goreng je. Ni kesilapan pertama aku. Aku kaki nasik. Maksud aku, aku wajib makan nasik kalau tak aku akan mengalami kekurangan tenaga, lalu pewai terok.
Jam 3 pagi kami mula mendaki ke Nuang. Kesilapan kedua, aku langsung tak training before naik Nuang. Even dah google tentang kesukaran trail ni, aku langsung tak training. Jadi, padan muka. Ketiga, aku tak panaskan badan terlebih dulu. Terus naik je.
Checkpoint pertama, trek balak. Huh dah rasa dah penyesalan sikit. Jauhnya kena berjalan 5km sebelum sampai ke kem lolo. jalan punya jalan masih juga tak sampai. Aku mula rasa bosan.
Okaylah aku pendekkan cerita. Sebelum tiba kat tapak kem lolo kami kena lintas sungai. Kelemahan aku, kena melintas titi. Adui. Merangkak aku atas titi macam orang sengal. Sengal betul. Aku takut jatuh sebab aku tak dapat imbang badan. Dem.
lepastu kami sampai ke kem lolo lebih kurang 5 pagi kot. Lupa dah. Masa tu ramai pendaki lain tengah syok tidur. 15 minit kemudian kami meneruskan pendakian ke Kem pacat. Masa ni dah start pacak sikit. Pangguk je kerja. Aku berlari2 juga naik sebab tak tahan mengah. Stail aku, naik serupa orang gila, lepastu amik nafas, dan teruskan macam orang gila. Tapi entah mengapa, kali ni badan aku cam berat sikit. Cepat betul aku mengah.
Pangguk punya pangguk, akhirnya tiba di kem pacat lebih kurang 6.50 pagi. Terus kami menunaikan solat subuh. Aku sembur2 deep heat sebab rasa lenguh tadi memacak jer. Tak lama kami rilek, dalam setengah jam sebab aku makan coklat dan baring, kami meneruskan perjalanan. Ha nih azab sebenar baru start. Dari kem pacat ke Puncak Pengasih which is puncak tipu. Azab beb sebab pacak tak hengatttt.
|
Ni ada rambut rapunzel dekat kem pacat. Haruslah kan ni kan trademark Nuang. |
Batu besar2 kereta pun ada aku rasa. Panjat punya panjat, merangkak, wall climbing semua, akhirnya sampai ke Pengasih jam 8. Kat pengasih takda minyak cenuai pun. Tapi aku geli sikit sebab selut dia macam euw euw gitu sebab baru lepas hujan. So, i pun ambil gambar la sambil pegang signboard pengasih tu yang telah ada di atas selut tu. Aku kutip dari selut.
|
Aku dah cakap ada pokok, selut dan signboard je. cenuai takda kat pengasih. Ada kekasih je. Aku lah kekasihmu. Ciaa ciaa |
Masa ni berkabus. Sejuk je rasa dekat pengasih. Takda view apa pun dekat sini hanya pokok tinggi, signboard dan selut. Kami tanpa membuang masa meneruskan perjalanan ke puncak. Yeah! Daki punya daki, aku mula rasa pewai. Aku lapa. Aku lapa. Kami takda bawa nasik. Aku lapa. Aku hanya minum air 100 plus je. Dengan makan coklat. Tu pun rasa nak muntah sebab perut dah start masuk angin.
Masa sampai dekat lereng gaung tu, ha kat sini lah arwah seorang pendaki jatuh. Tapi masa aku naik ni arwah masih hidup. Al-fatihah. Aku duduk lama dekat tepi gaung ni sambil makan coklat sambil bergayut dekat tali. Kawan aku dah tinggal aku sebab aku lembab.
Aku tengok bawah, aku tengok langit. Aku dah tak larat dan rasa ma;as dah. Aku lapa. Tiba2 kawan aku jerit dari atas. ''Beb, naik! Sikit je lagi''. Aku dalam hati, ah penipu. Aku biarkan je sambil makan coklat. Tiba tiba dia jerit lagi, ''Beb, 10 langkah je lagi''!
Hurm, baiklah, dengan hati yang malas, aku mendaki. Eh, dah sampai. Hihi kali ni mereka tak tipu. Selalu mendaki kena tipu je. Dan selalu aku orang terawal sampai. Tapi this time aku paling lambat antara mereka.
Bila sampai tu, aku mula minta maggi. Bos sangat kan? Hahahaha. Mereka masak lepastu bagi aku. Aku minta mereka kupas limau pulak. Lepastu aku makan2, aku main2 dengan tupai gemok jinak. Tapi tak jinak sangat pun. Jinak sebab nak makan je.
|
Ingat jinak sangat ke? Nak ambik roti je gemok ni. Pergunakan aku, jadi aku gunakan dia balik. |
Si gemok tu lepas dia ambil roti aku, dia lari. Takpelah, aku halalkan kau gemok. Sempat juga lah ambik gambar dengan tupai gemok tu. Konon macam aku penjinak binatang. Wehehehe padahal semua orang pun ambil gambar dengan beliau. Lepastu aku tidur kejap. Oh ya aku sampai ke puncak jam 9 pagi. Hurm no view okay. Kabus je menyelubungi hari sedih ku.
|
Nuang peak. Sampai walau pewai lapar. Ini dinamakan tekad. |
Sejuk sangat dekat sini, aku tak bawak jacket, aku pakai windbreaker je. Sedar2 aku terjaga jam 12. Heheh agak lama jugak aku terlelap dekat 3 jam. Lepastu kami kemas2 ready nak turun lah.
|
Takda rezeki aku. View camni je lah. Kabus menyelimuti kami. dan kisah sedihku. |
Hurm, nasik.
Tak makan.
Turun 5 minit je dari puncak, kaki aku start rasa semacam. Sakit. Eh. Aneh. Tak pernah sakit ni.
Aku terus je jalan. Tiba2 rasa makin sakit. Aku tengok buku lali bengkak. Aku turun juga. Jalan punya jalan, gelungsur, makin sakit.
Di hari yang sedih, hujan turun. Cepat2 aku capai baju hujan di dalam bagpack aku. Sebab tak tahan sakit, aku sembur deep heat. Aku pakai foot guard. Ya allah dalam hati aku tuhan je tahu berrrtaaapaa sakitnya disitu. Kaki aku makin sakit. Hujan turun dengan lebat selebat air mata aku yang mengalir menahan sakit. Aku pakai kayu berat dan panjang untuk menampung badan aku. Kiranya aku melangkah tanpa pijak sangat pun kaki yang sakit, banyak guna tangan untuk support. Hujan turun lebat, dua ekor anjjing yang jaga gunung ni pula setia menemani aku kat sebelah. Aku dah halau sebab aku takut hanjing. Tapi dia taknak pergi.
Baiklah anjing, kau teman lah. Janji kau tak kejar aku. Kawan aku pun suruh aku berhenti, dia buka guard kaki tu, amazing, rasa lega sikit. Mungkin rasa sakit akibat ketat. Darah tak dapat mengalir dengan baik. Tapi bahagia cuma sekejap saja.
Kaki aku start sakit balik. Huwaaaaaaa. Sakit... Tolong. Tolong.
Tiada siapa mampu tolong waktu ni. Aku terus berjalan sambil seret kaki. Tangan ku kuat menopang tongkat. Jalan seperti si tempang ke hutan. Dengan trail kejam, kaki cedera. Apa lagi benda paling menyedihkan di dunia.
Lewat petang, barulah sampai ke Lolo. Masa tu dah jam 5. Lambat sebab aku kan tempang. Nasib baik kawan setia menemani. Anjing tu hilang dah masa hujan tadi dia berhujan dengan aku tengok aku menangis. Bye anjing. Tak sempat aku perati mana anjing hilang tengah tengah hutan tu.
Kami sampai di kem lolo, aku makan2 lagi maggi share dua orang. Dekat jam 5.30 baru kami gerak turun. Masa di trek balak ni lah kaki aku makin sakit. Aku cuba jalan laju jugak sebab takut makin lewat sampai ke kaki gunung. Tapi laju aku pun, tetap tak laju mana lah.
Sebab aku jalan pakai tongkat kayu untuk support kaki aku yang bengkak. Sampai 7.30 malam kami masih belum sampai. Aku cuak juga sebab kami 3 ekor je. Dahla aku dengar trek ni banyak entiti. Aku tak pandang kiri kanan dah. Aku tengok depan je. Lepastu ada sorang brader guide juga lah dia kata dah lewat ni. Dia pun jalan sekali dengan kami sebab tak sampai hati kot tinggalkan kami bertiga yang dalam kesedihan sebab hari dah gelap, kaki dah makin sakit.
Aku jalan juga dengan sakit tu. Jalan. Jalan. Hukhukkk bila nak sampai ni. Waaaaa.
Jam 8 malam lebih barulah kami sampai ke bawah. 17Jam pergi balik Nuang. Lama gila kan? Mesti kena gelak. Aku cedera lah. Ni log aku ke Nuang
Start naik : 3 a.m
Kem Lolo : 5 a.m
Kem Pacat : 7 a.m
Puncak Pengasih : 8 a.m
Puncak : 9 a.m
Start turun : 12 p.m
Kem Lolo : 5.30 p.m
Starting point : 8.30 p.m
Bagi geng geng tiada jantung, geng hati sado dan padu, rileks je naik Nuang sambil sap kok, tapi bagi aku yang amatur ni, rasa, sakit juga la ditambah dengan cedera lagi menyedihkan. Ni jelah paling latest gunung aku naik. Terpaksa berehat dulu buat seketika.
Tips ke Nuang :
1. Sila makan nasik. Sila bawa nasik. Kalau tak anda jadi macam aku. Pewai sebab lapar sangat.
2. Sila bawak air yang cukup. 2.5 liter okay kot. Tambah 100 plus lebih tau. Untuk tenaga.
3. Sila sediakan deep heat in case injurt macam aku. Senang boleh sembur untuk kurangkan sakit. Bawak juga pil tahan sakit. Ponstan, panadol atau celebrex. For my case, sakit tak hilang. I dont know why maybe ada something. Only God knows.
4. Sila bawa tongkat. Aku riak. Aku tak pernah bawa tongkat. Sekali injurt macam tu, nah. Mengagau ye. Nasib baik ada kayu tongkat keras untuk support aku. Kalau tak rasanya 3 hari baru sampai bawah.
5. Mental kena kuat. Aku pewai. Hihi tapi mental ada lgi. So, sampai juga.
Ok lah, curi tulang. Chow.