Monday, 23 April 2018

Tips Sebelum dan Semasa Menghadiri Temuduga


Assalamualaikum dan hai semua. Mesti ramai dah para blogger yang post berkenaan tajuk ni kan? Sis pun nak post juga. Mungkin point tu sama tapi dari orang berbeza. Hihi. Okay, since sis pernah menghadiri dan pernah temuduga orang, jadi mari sis senaraikan tips yang sis rasa perlu sebelum anda semua hadir untuk temuduga.

Semua orang pernah kan pergi temuduga atau attend interview dekat syarikat kan? Okay tanpa membebel panjang, jom kita lihat tips dari sis :


1. Persediaan mental. Korang kena bersedia dari segi mental untuk pelbagai bentuk soalan yang mungkin akan ditanya ketika temuduga.

2. Resume. Pastikan korang 'update' resume terbaru korang. Pastikan ia nya ringkas tapi menarik. Tapi jangan terlalu ringkas. Contohnya, korang kena senaraikan lah pengalaman kerja korang yang terdahulu tu.

3. Jual diri. Ini bukan jual diri macam mak hayam ye. Jual diri means korang senaraikan kelebihan korang, interpersonal skill dan kelebihan menggunakan sistem/ software/ microsoft

4. Sediakan gambar passport. Sesetangah syarikat akan minta gambar passport ya. Jadi takdalah gelabah masa penemuduga minta.

5. Pastikan anda fotostat semua sijil sijil korang. Ini selalu terjadi dimana, calon hanya bawa sijil ori. Dah menyusahkan para penemuduga nak kena fotostat sijil korang tu. Bila korang dah siap fotostat semua sijil tu menandakan korang berminat dan bersedia untuk berkhidmat. Cewah!

6. Berpakaian kemas, wangi dan bersih. Ketika menghadiri temuduga, pastikan pakaian korang tu kemas, jangan serabai sebab itu menandakan korang punya personaliti. Kalau boleh, lelaki pakailah t-shirt berkolar, perempuan baju kurung ke, kemeja ke tak kisahlah janji nampak kemas dan bersih. Lagi satu sembur sikit perfume tu. Jangan lah ada bau yang tak menyenangkan.

7. Biasanya waktu temuduga, soalan biasa yang akan ditanya adalah, ceritakan tentang diri korang, family, latar belakang pendidikan dan kerja terdahulu. Tips: Jangan sekali kali cerita keburukan majikan terdahulu. Jangan pernah korang kutuk majikan terdahulu. Pantang ni.

8. Kaji segala maklumat berkenaan organisasi yang korang nak pergi temuduga tu. Ini menunjukkan korang berminat. Jangan sampai bila ditanya korang jawab tak tahu je semua.

9. Punctuality atau masa. Jangan sesekali lambat. Usahakan untuk sampai awal atau tepat pada waktunya. Alasan adalah tidak elok ya ketika pertama kali hadir temuduga.

10. Sila isi borang yang diberi dengan lengkap. Jangan suka tinggalkan kosong pada soalan soalan yang korang rasa tak penting. Kalau tiada, anda tulis tiada atau -.


Okay sis rasa setakat ni dulu lah kot point point penting. Praktikkan ya! Good luck kepada yang menghadiri temuduga! Fighting!





Review Makanan : Ramen Samyang

Assalamualaikum dan hai semua. Okay harini kakmung nak buat review sikit tentang makanan yang bernama RAMEN. Aku rasa semua pun kenal ramen atau ramyeon. Ramen ni femes lah kalau dekat Korea sana. Aku kenal ramen pun sebab selalu tengok Running Man show, jadi terpengaruh.

Satu hari tu aku pergi pasaraya, aku nampak lah ramen ni. Seingat aku dulu susah mau dapatkan benda ni kena beli online bagai. Mahal pulak tu. Sekarang kat pasaraya berlambak dah.

Begini lebih kurang rupanya. Google je sebab tak sempat transfer gambar.


Aku pun beli lah. Balik rumah, buka bekas nya, masukkan air panas, biarkan ia terendam 10 minit, tos kan air lepastu letak sos dan lada keringnya atau flakes tu. gaul sebati dan makan.


Umagaiiiii, pedas nya yaa ampun. Tapi sedap weh. Aku makan sampai hingus dan air mata mencair, otak tak dapat berfungsi dengan baik, berdebar debar dan lidah rasa terbakar. Pedas gila aku rasa. Dah habis satu cup tu, lidah aku masih rasa pedas. Dada masih berdebar debar. Waaaa kelam kabut pergi cari ais ketul, makan 6 ketul, masih pedas, aku minum madu, telan gula, makan kitkat masih lagi rasa kepedasan tu. Ngeri betul bila teringat. Rasa macam bibir aku membesar dan bengkak sebab terlalu pedas.

   

Tapi harini macam nak repeat lagi jer. Hikhik. Harganya dalam RM 6, sory otak i lembik lupa harga.

Monday, 16 April 2018

Mengemis Setelah Disondol Babi

Assalamualaikum. Hai semua. Tajuk kali ini agak keras sikit, isi kandungan juga sedikit kontroversi. Sis risau juga kena 'banned' sebelum sempat disiarkan. Tapi takpe, sis cuba.


Ada apa dengan tajuk kali ini? Keras sangat ni sampai carut ni. I tak carut u okay. Ini adalah isu kerjaya, wanita, lelaki dan perkahwinan. Okay, sis nak beri sedikit pandangan mengenai wanita. Wanita bekerjaya dan tidak bekerjaya. Sis tidak menghina sesiapa ya, ini sekadar pandangan sis sahaja tiada kena mengena dengan u, dengan yg hidup atau yang mati apatah lagi dengan makcik bawang sekeliling uols tu.


Okay, sebenarnya tajuk serius macam ni, ayat perlu macam karangan PA form 6 tapi sis risau takda yang baca je nanti kalau formal sangat so kita guna bahasa biasa la eh. Wanita, kebanyakan bila sudah berumah tangga sudah beranak pinak, mesti akan berhenti kerja demi menjaga anak. Itu bagus, Siapa kata tak bagus, sis tabik hormat suri rumah tangga. Tapi pernah tak korang terfikir. Ini bukan hasutan. Ini pemikiran jangka panjang dan juga pandangan. Peribahasa 'kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari' dan 'sediakan payung sebelum hujan' sangat 'kena' dengan isu ini.


Sis perhati banyak kes atau masalah ni terjadi pada wanita. Merempat, terpaksa kerja keras demi membesarkan anak, suami lari entah kemana. mengapa ini terjadi?


Ok jom baca kupasan sis. Pertama, wanita yang berkahwin dengan lelaki yang dicintai, mereka berasa gembira sekali. Sangat bahagia sekali rumah tangga mereka. Tapi! Setelah 5 tahun berlalu, si suami menunjukkan tanda tanda mahu kawin lagi, si suami mula disondol babi. Kebun yang dijaga rapi sudah kena! Pada masa ni, semua serba tak kena. Isteri itu isteri ini, ada juga yang cakap takpa abang kawen lain nanti senang lah hidup kita boleh tumpang si dia. Jangan percaya! Babi yang menyondol takkan biarkan anda bahagia. Dia akan sondol habis habisan sampai kau diceraikan atau minta cerai. Takpun sampai kau derita. 


Dan pada masa ni. si suami mula tak jalankan tanggungjawab nya memberi nafkah anak anak kerana busy woi dengan awek baru. Awek lawa yang terdesak dengan laki orang. Yang kisah suami masih lagi bertanggungjawab okay lagi lah, yang kes babi hasut? Hasut2 sampai suami pun tak pedulikan ank bini lagi. Last cerai jalan terakhir. Si suami langsung makan buta2 kata2 bini baru.


Maka si isteri yg diceraikan ini pun hilanglah tempat bergantung. Maka, beliau pun pening kepala, mana mau cari kerja ni, kerja apa eh, anak macam mana, siapa nak jaga. Maka, dia pun tinggallah anak nya dekat orang lain dan mula mencari kerja demi membayar rumah sewa dan membesarkan anaknya.


Okay, kalau wanita berumur bawah 30 tahun, berpendidikan atau ada pengalaman kerja, mungkin kau tak perlu risau pun sebab ramai je orang nak ambil bekerja. Tapi, sini sis nak bagitau, kebanyakan company tidak akaj ambil pekerja wanita 30 tahun ke atas untuk bekerja terutamanya bahagian 'admin' atau 'ofis' kerana pada umur tersebut, rata rata otak seorang manusia sudah mula slow, tak pick up lagi. Ini bukan satu penghinaan ya. Ini dari kajian. Apatah lagi terlalu ramai 'freshie' atau graduan yang maha bijak pandai berebut2 nak kerja, majikan pun berebut2 nak ambil sebab graduan, masih muda, masih kuat, masih pick up, masih bertenaga. Jadi wanita berumur 35 ni nak kerja apa jika sudah gagal dalam rumah tangga nya? Dia dulu pernah bekerja, masa muda dulu dan lepas kahwin dia berhenti. Dan sekarang, dia terkapai kapai. Dia nak kerja cleaner dekat pasaraya? Aduh kesian weh dah tua, nak kerja sapu sampah, kerja berat2 lah kiranya. Boleh bayangkan tak mak kita kerja berat2? 


Ini lah sebabnya sis kata sediakan payung sebelum hujan. Yang mana boleh berdikari, berdikari, yang mana boleh kerja, kerja. Biar ada pendapatan sendiri. Dropship ke online ke agent ke tak kisah janji ada pendapatan sendiri. Masa tengah happy, masa suami tengah sayang, semua boleh cerita. 


'Eh laki aku sayang aku lah', jangan kau nak sibuk. Ehhhh jangan cakappp.. Jangan cakap. Kau boleh jamin 10 tahun lagi dia sayang kau? Boleh jamin? Ha.. Kalau kau ada pendapatan sendiri, ada kerja, kurang kurang kau tak hilang arah kalau apa apa jadi pada suami kau. Mana tahu tiba tiba suami kemalangan. Masa itulah kau perlu tolong dia. Masa tu lah perlunya kerja kau. 


Okay, macam kes Intan, Izreen dan Uda. Intan diceraikan selepas Uda kawin dengan Izreen. Kau tengok tak anak dia kecik kesian kan? Tak cukup kasih sayang, lepastu kalau Uda lepas tangan? Tak cukup makan pulak. Nasib la Uda tu jadi public figure, jadi ada juga yang nak amik Intan jadi duta lah, testimoni untuk produk lah. Kalau yang umur 30 tahun ke atas ni macam mana? Bukan public figure. Mana dia nak cekau duit nak besarkan anak? Bagi anak makan daun? Mengemis? Ramai je wanita bangkit selepas kes macam ni tapi kenapa tak bersedia dari awal? Bukan kah bagus.


Tu tak cerita lagi yang belakangkan mak bapak sebab nak kawen. Lepastu laki main kayu tiga, lepas tu kena cerai. Kau nak pergi dekat siapa? Katalah family taknak terima. Nak jual diri? Lepastu salahkan takdir, takdir dah kata begini. Memang semua takdir Allah tapi Allah suruh berusaha. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (QS 13:11).


Bila iman tipis, terdesak dan otak mula sempit, apa pun boleh jadi. Maka adalah kisah jual diri sebab nak sara anak dan keluarga. Mau mcm tu?


Tengok si Nora Danish rileks je dia kena cerai pun sebab dia ada duit, dia bekerja. Dia ada payung. Tak basah.


Ni bukan berdrama atau apa. Sis banyak dah perhatikan sekeliling. Sis geram je nak 'jek' sekor sekor yang perangai kacang lupa kulit. Para lelaki, ingat, sekali sakitkan hati perempuan yg bernama isteri, yang setia, taat dan solehah, takkan bahagia kau even kau kaya macam PM pun. Eh. Yang babi sondol pun sama. Kau jangan pikir kau bahagia je menyondol, nanti kena balasan dekat kau baru tahu. Tak kena dekat kau takpe. Tapi jangan lupa, kau ada mak, ada adik ada kakak ada abang. 

Jadi, wanita, pls, find your own income. Get ready. Dunia ini kejam. Sekian.

Ihsan google


p/s : baca dengan perasaan geram

p/s : nama artis dalam isi kandungan hanya sebagai contoh.


Monday, 9 April 2018

Celaru

Aku celaru. Aku bingung. Aku makin bodoh dalam dunia penuh canggih. Dunia penuh cabaran.

Aku tak tahu isu dunia terkini, aku tak tahu isu viral, aku tak tahu berita dunia, berita sekeliling.

Adakah aku halimunan bumi ?

Aku tak punya waktu untuk hadap media so sial, aku lagi tak punya waktu untuk baca surat khabar.

Aku kesempitan waktu.

Aku juga tak mengerti.

Aku manusia kini atau manusia kuno?

Aku celaru. Aku buntu.

Bodohkah aku?

Tertekan dengan keadaan ini tapi sesungguhnya aku tiada masa lagi.

Aku bukan pelajar lagi.

Aku hanya tahu kerja aku, diri aku.

Aku mula tidak memikirkan sesiapa.

Aku mula tidak mahu berfikir hal dunia.

Aku hanya ada dalam hidupku, duniaku.


Sunday, 1 April 2018

Trip Gunung Pulai dan Gunung Baling - Trek Haru

Bahagian I - Gunung Pulai.


Hai uols, apa khabar kamu? Sihat ke? Kalau sihat alhamdulillah, kalau sakit, pergi makan ubat sana. Okay minggu lepas gua dan rakan rakan follow trip kengkawan ke Kedah. Kali ni kami pergi panjat Gunung Pulai dan Gunung Baling. Okay, sedikit informasi, kedua gunung ni terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai berketinggian 620 meter manakala Gunung Baling pula berketinggian 546 meter dari aras laut. Tak susah pun nak kesini, korang waze je. Gunung ni dekat dengan sekolah kebangsaan pulai. Untuk permit dan sijil, kami bayar RM 15 seorang. Murah kan ? Dapat sijil lagi dari Majlis Daerah Baling.


Pada jam 8.30 malam kami bertolak dari sini ke sana. Jam 4 pagi kami tiba di sana dan tunggu guide datang. Okay, korang yang nak naik perlu dapatkan permit dulu ya, jangan sembarangan nanti jadi apa apa, tanggung sendiri.

Ni adalah bahagian I, sebab sis takut korang bosan baca pajang sangat kan so sis buat dua bahagian. Jam 5.30 am, kami seramai 12 orang memulakan pendakian ke gunung pulai. Mula mula gua lalu jambatan gantung yang macam nak putus. Hiks! Dung dang bunyinya. Selepas itu terus ke jalan kebun sikit dan bermula lah cabaran sebenar. 90% trek Gunung Pulai adalah batu tajam dan curam. Jadi harus hati hati. Gua sendiri pun pakai seluar tebal, glove dan kasut perlu yang betul betul cengkam tau, takut sakit jari kaki je dengan tangan tu pegang batu batu semasa memanjat. Boleh kata dari awal sampai habis akan rock climbing je. Nak sampai ke check point pertama tu mengeluh juga geng2 kami. Kahkah. Sebab satu curam boleh tahan, lagi satu batu batu, kena cukup berhati hati jaga langkah kaki, tersilap langkah, habislah kaki masuk celah batu takpun tercucuk. Boleh kena kentut darah oo.




Nasib kami baik sebab tak hujan.Kalau tak lagi bahaya. Tips yang sis nak bagi kat enkorang, makan dulu sebelum naik sebab nanti lapa, nak stop pun susah, nak makan ontrek lagi mengarut kaki tangan kau sibuk memanjat dan pegang batu curam tu je takda masa kau nak makan cekelat okay.

Ni lah jambatan gantung buruk tu yang menghubungkan kaki gunung dengan seberang sungai tempat kami makan cekodok sementara menunggu yang lain.



Lagi, bawak air secukupnya. Macam sis, bawak sikit je 1 botol 500liter 100plus dan 1 botol 500liter mineral. Sis takpa, minum jimat seteguk je sekali minum. Kalau air sikit, nantilah kau sampai puncak kau dahaga, mintak air member, member tak bagi. Gunung ni panas oo sebab pernah terbakar tahun 2016 tak silap aku.

Tiba di checkpoint pertama, kami menunaikan solat subuh secara sendiri bergilir gilir sebab tempat limited tak cukup luas nak berjemaah. Selesai solat, dah mula cerah sikit so dah boleh tutup headlamp. Pakai headlamp tak selesa peluh menitik cermin mata kabur. So sad, sis kan rabun teruk.

Ada nur tak selepas solat? Kohkoh~
                               




Kami pun meneruskan pendakian ke checkpoint kedua dan ketiga. Sis betul betul jaga lutut dan kaki sis yang pernah patah ni takut cedera susah oo. Gua pakai guard kaki yang pemain bola pkai di tepi kiri kanan betis dan guard kain di kedua lutut sebab takut terhentak dekat batu.

Tengok batu tajam boleh berdarah ontot kalau jatuh terduduk atas batu ni.
                                       






Tepat 8.30am kami tiba di puncak. Baru lah rasa angin sekuat kuat angin sampai sis rasa nak terbang je. Betul kuat angin tu. Masa ambil gambar dekat batu tepi lereng gunung sis cuak juga dan rasa gayat sikit tapi sis kena kontrol rasa tu, sebab bukan senang nak naik ni.


Konon kandid ni. Hhahaha


Jam 9am, terasa bahangnya. Panas bak hang! Panaih lit lit. Nasib baik sis pakai topi, spek hitam dan buff. Kalau tak rentung juga. Hihi.


Masa kami naik, hanya ada dua group kat atas puncak. group sis dan group lagi satu. Sejenis aku ni lapar memanjang jadi beg aku penuh makanan dari maggi, sup cendawan, nestum dan coklat bar. Lepas je Bangman panaskan air, aku terus melantak maggi cup secawan. Sedap oo makan maggi tomyam atas puncak. Itulah paling sedap yg pernah aku makan. Hahahahah. Oh ya lupa nak cerita, tak semua line up kami naik Gunung Pulai. Hanya 7 orang sahaja yang gigih naik termasuk i lah. Sebabnya, ada yang tangan sakit, ada yang taknak naik sebab dah lewat mereka takut hitam kahkah. Bukan lah, mereka takut tak tahan bahang panas.



Gigih dak sis panjat? Acah kandid padahal paksa suruh orang amikkan gambar.
                           



Terpaku sekejap dengan ciptaan Allah. Terlalu indah. Tapi tiada awan karpet ada awan pilu je masa aku naik.
                           


Nampak je sis rileks, dalam hati cuak tu angin kuat, sis dah lah ramping, silap hari bulan terbang jatuh ke bawah takda orang sempat tarik.
                           
Cantik gila! Macam lembah jurasic park. Konon ada dinosour lah kat bawah tu. Imiginasi aku tinggi.
                                 


Panaih litlit. Ni lah solusinya. Buff, kacamata, topi, jaket. Dan ini memang gayaku. Ahaks!
                           


Tak cukup kuota lagii dalam gambar, abaikan mereka. Gigirl je tapi guide tu kena paksa ngan akak organizer. 
                           

Gaya tunjuk depan sana dah jadi ikutan dewasa ini. Sis terikut.
                                         

Lepas kami melantak dan berselfi, tepat jam 10 pagi kami beransur turun. Kalau korang nak tahu, sebenarnya turun lagi azab dari naik sebab kaki korang, lutut, tangan dan mental kena kuat. Kerana! Trek nya kan batu batu lepastu tajam kalau jatuh boleh berdarah bontot kalian semua.


Jadi kami menuruni Gunung Pulai dengan berhati-hati sekali. Terutama aku lah sebabnya korang tahu kan aku dah cerita. Kaki aku tak macam orang lain. Tak boleh pijak sembarangan, terjun sembarangan kalau taknak cacat buat selamanya.


Tengah fikir mana nak kena pijak ni
                                                 

Mula mula je aku turun dalam group, lepastu aku mula gerak sendiri. Aku pun tak faham, aku jenis yang suka gerak sendiri melayani perasaan dan alam semesta. Ada masa aku tengah turun tu, aku terbau hanyir seakan darah. Aku cari la sekeliling kawasan yang aku lalu tu dengan bantuan hidung. Erk macam anjing pengesan gitu hidung aku ni hidu punya hidu, dan aku nampak seakan cendawan besar macam kain pemcuci pinggan yang jaring2 tuh. Besar. Aku syak benda tu yg bau busuk. Lepastu aku jalan lagi, tiba2 bau hanyir lagi. Dua kali aku bau dan nampak 'cendawan' tu. Memang bau hanyir darah.

Gila juga turun seoran diri gunung ni sebab aku kena usaha cari jalan diantara batu tu. Nak pijak mana, nak letak kaki mana dulu sebab kalau silap pijak, nahas lah kau dekat situ dahla tak pakai helmet. Sia sia kepala pecah nanti dah masuk surat khabar pendaki cedera.

Jam 12.00 atau 12.30pm, aku lupa, aku sampai ke kaki gunung berjalan riang ke jambatan buruk dan ke tepian sungai kecil. Im done. Yeah!



Jambatan buruk.

Yang tak naik hampar ground dekat sini sementara tunggu kitorang turun.



Tunggu sambungan part 2 pulak. Adios!