Wednesday, 13 September 2017


Berhuhu Di Gunung Kenderong.


Kenapa tajuk kali ini berhuhu di Gunung Kenderong? Ada apa dengan Gunung Kenderong? Hahaaa inilah gua nak cerita ni. Mahu dengar tak? Kalau mahu, teruskan membaca, kalau tak mahu, sila nyah dari blog gua. Hahahahahah.

Okay, gua cerita dulu even korang boleh je google gunung kenderong ni. Gunung Kenderong yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,011 kaki).


Gunung Kenderong terletak berhampiran dengan Gunung Kerunai menyebabkan mereka digelar puncak kmebar Perak ( K2 ) antara 2 puncak gunung yang berdiri megah di kawasan Gerik, Perak. Gunung Kenderong yang berketinggian 1223 M dari paras laut menarik minat para pendaki untuk didaki sehingga ke puncak.

Gunung Kenderong Dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana2 banjaran. Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Gunung Kenderong berketinggian 1223M a.s.l dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M.

Itu belas ehsan cik google je aku malas taip. 

Pada tarikh yang dirahsiakan, aku mengikuti satu trip rahsia dari group yang aku tak kenal bersama 3 orang rakan hikers yang lain. Kami bertiga menaiki kereta jenama tettt ke Grik. Tepat jam 12 malam kami sampai di rumah bapak fowil. Oh ya sebelum itu kami ada melantak dekat RNR Grik tu. Agak lama menunggu untuk bapak fowil terjaga dari tidur, aku sempat main main dengan kucing peliharaan keluarga beliau. Agak jinak dan comel juga..

Bapak fowil keluar juga akhirnya setelah kami memberi salam lebih dari 5 kali. Kami berempat termasuk gogo menaiki fowil sehingga ke kaki gunung. Setelah itu terus meredah kegelapan malam menuju ke kemsite ahli group yang lain. Oh ya, kami hanya choose gunung kenderong sahaja. Mereka yang lain tu baru lepas mendaki Kerunai. Sebab tu bila kami sampai ke kemsite, mereka tengah lena. Sekali lagi kami menunggu ahli yang lain bangun dari mimpi mimpi indah mereka.

Organiser trip mula memasak dalam kegelapan malam. Waktu tu lebih kurang jam 2 pagi. Aku dah mengantuk menunggu mereka, sambil sambil tu berborak dan gelak dengan sahabat aku yang dua orang tu.

Dah siap masak, aku makan burrito (sejenis makanan italy) yang dibuat oleh organizer dalam kegelapan malam. Agak sedap juga, namun tak sempat aku menghabiskan, mereka dah bergerak terus untuk mendaki. 

Start dari jam 4 pagi, kami mula mendaki. Mula nya aku laju dan meninggalkan sahabatku. Aku betul betul berada di belakang gogo. Beg ku pada waktu tu agak berat. Beg mereka pulak ringan. Ah tak aci. Aku makin lama makin slow sebab rasa nak muntah. Gara gara makan sambil berjalan awal tadi dan makan power gel. Oh no! Rasain lo!

Kemudian aku seorang diri dalam kegelapan malam, jam menunjukkan 5 pagi. Okay dah pagi lah tapi masih gelap. Aku berhenti sekejap setelah merasa aku keseorangan. Waktu aku menunggu sahabat aku, tiba tiba bahu kiriku ditepuk. Terkeluar suara jantan gua. Gua pandang belakang. Oh no! Takda orang. Depan? Takda orang. Oh no!! Siapa sihhhhhhh..

Aku terus terdiam disitu, tak lagi mendaki, tidak juga menyuluh trek. Selepas 20 minit sahabat aku sampai dan bertanya. ''Eh, ko kat sini lagi ke? Ingat dah kat mana''. Aku tahu mereka perli sebenarnya sebab bengang aku dah tinggalkan dorang. Hahahahaha. 

Lepastu kami bertiga mendaki bersama. Trek kat Kenderong, Gua bagitahu ya, agak kejam. Nora bagi 6 bintang dari 10. Huhuhuhu. Haaa kan nampak tak huhu disitu?

Trek Kenderong ni pacak mendongak, laluannya berbatu kerikil kecik. Jika kita mendaki, batu batu akan jatuh ke bawah. Masa itu lah kita akan menjerit dekat kawan kawan kita yang dibawah tu ''batu terbang! batu terbang!''. Haaaaa ..

6.55 pagi kami sampai ke kem solar selepas dua jam mendaki. Kami segera menunaikan solat subuh. Tahu beg aku berat kenapa? Bawak air lah. Nak solat senang. Usai solat, aku dengan member aku meneruskan impian ke puncak. Kami meninggalkan sahabat kami terkontang kanting di kem solar. Waktu tu dah jam 7 pagi. Aku dapat rasa matahari mula membakar kepala. Oh ya gunung ni panas ya sebab ketiadaan pokok pokok akibat gunung ni pernah terbakar beberapa tahun yang lalu menyebabkan ank anak pokok baru je nak tumbuh. Ada lah paras pinggang aku pokok pokok tu.


Pemandangan dekat sini gua cakap lu, superb! Superb muah! Awan karpet tak segan silu menunjukkan diri. Aku terpana melihat kebesaran Allah. Subhanallah sangat cantik. Kami tak lepaskan peluang mengambil gambar tiba tiba, bateri habis! Bateri hp kawanku juga habis. Lorh. Tak sempat kami ambil gambar di puncak. Untuk kepuncak, actually trek dia lagi kejam. Hampir 90 darjah, wall climbing tanpa tali dan topi keselamatan. Kalau rasa nak jatuh, silakan mengucap siap siap.



Serupa ninja kan memasing.

Bila dah tinggi, aku pandang ke bawah, aduh. Macam mana nak turun. Kami berdua je ni. Yang lain aku dah tak ambil peduli. Entah kemana. 

Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk turun setelah matahari terik di kepala. Sewaktu turun , memang kena berhati hati sebab licin. Batu kerikil tu sentiasa jatuh jika kita pijak. kami bertiga tutup muka ala ala ninja sebab panas. Sampai ke kemsite, kami rilek rilek sekejap, main main air, photoshoot sikit. Heheheh. Aku sempat tidur beberapa kali bersandarkan pokok sementara menunggu fowil tiba. Hampir jam 1 petang juga lah fowil datang berlumba lumba mengangkut kami. Dan terus pulang ke destinasi.

Thanks for reading, malas nak taip panjang ni.

No comments:

Post a Comment